BitterSweet

|



Fesyen dan muzik memang harus berjalan seiringan. Lantaran itulah yang membezakan Bittersweet dengan segelintir band indie tempatan lain yang ketika ini masih atau sedang wujud di dalam negara ini.

Kemunculan mereka di dalam mana-mana gigs juga seringkali menarik perhatian ramai dan memberikan impak terhadap pengikut muzik mereka terutama apabila mengenakan fesyen suit bergaya retro yang sama dan serupa tetapi kemas dan bergaya dengan tambahan sunglasses hitam sebagai aksesori utama.
Bukan suit saja yang jadi pilihan lima anak muda yang berasal dari Ipoh, Perak ini. Apa saja yang menarik perhatian mereka, pasti ia akan cuba. Misalnya mengenakan jaket yang rugged.

Paling simple pun, mereka memadankan seluar jeans dan kemeja-T (polo) bersama mafla. Tak kiralah apa gaya pun, asalkan ia nampak bergaya, kemas, seragam dan mampu memberikan kelainan dalam penampilan mereka.

Itulah yang cuba dicari Nur Hafri Abdul Majid atau Pijie selaku vokalis, Hazairi Abdul Hamid (Herri) – gitaris pertama, Wan Mohd Hafiz Wan Idris (Hafiez) - gitaris kedua, Mohd Dinienul Hakim Sidek (Dinie) - bassist dan Fadhilul Iqmal Ishak (keyboard) sepanjang berkarya sebagai pemuzik.
Sungguhpun begitu, dorongan untuk berfesyen ini bukanlah sengaja dibuat-buat. Namun,ia memang benar-benar datang dari hasrat hati dan keinginan jiwa mereka sendiri.
“Secara kebetulan kami semua memang suka mengenakan gaya dan penampilan yang sama. Kira masing-masing memang satu kepalalah bila cakap pasal fesyen. Secara tidak langsung, ia memudahkan kami untuk membentuk imej .
“Apa yang cuba kami tonjolkan ini adalah diri kami. Bukan setakat itu saja, kami juga mempunyai tailor dan hairdresser kami sendiri di Ipoh. Kedua-dua mereka inilah juga yang sering membantu kami untuk mengenakan fesyen rambut dan pakaian yang tersendiri,” kata Pijie kepada murai.com.my.
Kalau menilai sejarah kebanyakan band muzik yang berjaya dari dalam dan luar negara, kebanyakannya pasti akan menitik-beratkan fesyen di dalam muzik mereka.
Hal ini memang sangat-sangat diakui Bittersweet. Namun mereka tidak mahu menjadikan ia sebagai satu alasan untuk menggelarkan diri mereka sendiri sebagai ikon kepada genre indie rock yang mereka bawakan selama ini.
“Terpulanglah pada pengikut kami untuk menilaikannya sendiri, Apa yang lebih kami utamakan ialah kepuasan kami dalam bergaya. We feel good about it. Ia macam satu fenomena buat kami.”

“Lebih-lebih lagi ada di antara fesyen yang kami tampilkan itu menjadi ikutan di kalangan pengikut kami sendiri. Disebabkan itu, setiap kali mendapat payment hasil daripada bayaran gigs atau pun show, kami akan berusaha untuk membeli baju atau pun aksesori lain.”
“Adakalanya kami beli bersama. Kadang-kadang, bila seorang beli dan yang lain berasakan ia sesuatu yang cool, semua akan sepakat untuk mendapatkan benda yang sama,” ujar Pijie lagi.
Selepas berjaya menempatkan diri mereka di dalam scene indie rock terutama sekali menerusi kemunculan album sulung mereka, Perfect Match yang dihasilkan menerusi label mereka sendiri, Bittersweet berhasrat pula untuk menawan pendengar dari luar negara.
“Kalau boleh kami jadi macam Pop Shuvit yang berjaya membawa muzik mereka menembusi pasaran luar terutama sekali Jepun. Kami sama sekali tak kisah ke mana pun muzik kami akan dibawa asalkan kami mahu wujudkan kelompok pendengar Bittersweet yang besar. Sebab itulah kami bawakan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris.
“Tapi ada juga sebuah lagu Melayu yang dimuatkan dalam album ini. Judulnya, Kucing Hitam yang sekarang menjadi salah satu lagu dalam soundtrack Kami (drama siri di 8TV), ” kata Pijie.
Bittersweet yang kembali menyengat dengan single kedua mereka, Come On bakal beraksi dalam gigs, Louder Than LoveFight Poverty di Kelab Zouk, KL, pada 11 November ini, jam 3 petang bersama Neverwreck, Pure Vibration, One Buck Short , OAG, Love Me Butch , Seven Collar T-Shirt, The Will Kill Us All dan Plague of Happiness.


0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Budak_InDie_MerPati | Template Blue by TNB